Kain Pelakat

Kain Pelakat
KAIN PELEKAT LALALALA

Wednesday 15 April 2015

CERAMAH : SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan, barisan para guru yang dihormati dan para pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Sebagai Pegawai Kanan di Jabatan Pengajian Tinggi, saya akan menyampaikan ceramah yang bertajuk berfokus kepada kepentingan Sains Teknologi dan Inovasi.

Para hadirin yang dihormati sekalian,


Sains teknologi penting dalam kehidupan seharian kita. Tetapi adakah tuan-tuan tahu apa maksud sains dan teknologi? Disini akan saya terangkan maksudnya. Berdasarkan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud sains ialah ilmu pengetahuan yang teratur dan sistematik yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. Beralih pula kepada maksud teknologi, teknologi bermaksud aktiviti atau kajian yang menggunakan kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan dan perniagaan.


Hadirin hadirat sekalian,


Sains adalah suatu kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi dan juga bagaimana alam semulajadi ini memberi kesan kepada kita dan persekitaran. Informasi yang diperolehi melalui kajian secara saintifik dikenali sebagai pengetahuan saintifik. Melalui pengetahuan ini, banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi. Apikasi kepada pengetahuan saintifik untk kegunaan manusia pula dikenali sebagai teknologi. Manusia mempergunakan teknologi dalam setiap aspek kehidupannya. Oleh itu, sains merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita.


Hadirin yang dihormati,


Di antara contoh kemajuan sains dan teknologi ialah terciptanya televisyen, telefon, komputer dan peralatan perubatan yang canggih. Peralatan ini memberi banyak kemudahan kepada manusia. Namun terdapat juga keburukkan yang boleh kita kenal pasti seperti banyak berlakunya penipuan.


Hadirin sekalian,

Teknologi maklumat yang berkembang pesat sehingga ke hari ini memungkinkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah. Pelbagai penerokaan maklumat boleh diperolehi tanpa ada batasan. Dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi, jalan dakwah terbuka luas untuk menyampaikan sesuatu yang berguna kepada masyarakat. Namun di sebalik kecanggihan dan kelebihan teknologi tersebut kini, terselit suatu keburukan yang jarang sekali difikirkan kerana ia timbul tanpa disedari.

Para hadirin yang dihormati,

Ramai muda mudi kita terpengaruh dengan kelebihan teknologi maklumat. Kesannya kepada pembangunan sosial generasi kita terlalu besar di mana mereka leka dengan teknologi tersebut sehingga mengabaikan nilai murni. Contohnya, internet yang merupakan gedung ilmu, tetapi kadangkala muda mudi kita menyalahgunakan kelebihannya dengan melayari laman- laman web yang berunsur lucah dan tidak berakhlak. Ini akan mempengaruhi fikiran golongan tersebut dan akan merosakkan pembangunan nafs mereka.

Hadirin sekalian,

Untuk mengakhiri ceramah saya pada pagi ini, saya ingin memberi sedikit nasihat kepada anda semua agar berhemah menggunakan teknologi pada  masa kini. Kerana jika anda tersalah guna teknologi ini ia akan memberi kesan buruk kepada diri sendiri. Hal ini kerana, teknologi kini mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri.Sampai disini sahaja ceramah saya pada hari ini. Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment