Kain Pelakat

Kain Pelakat
KAIN PELEKAT LALALALA

Saturday 4 April 2015

KITAR SEMULA

      Kitar semula merupakan antara amalan gaya hidup sihat yang banyak faedah di dunia. Dengan cara kitar semula ini kita dapar menceriakan bumi dan menghapus segala sampah sarap. Masalah kitar semula ini kerap menjadi perbincangan di media masa. Di Malaysia 3 langkah telah dilancarkan oleh pihak kebersihan untuk menambahkan lagi kefahaman individu tentang kitar semula. 3 langkah tersebut ialah "reduce" ( kurangkan ) , "reuse" ( guna semula ) , "recycle" ( kitar semula) atau erti kata lain ialah 3R. Fakta dunia menyatakan bahawa negara Malaysia merupakan antara negara yang paling banyak mempunyai sampah sarap. Justeru itu, rakyat Malaysia perlulah menitik beratkan tentang masalah ini.

      Terdapat banyak kebaikan mengamalkan kitar semula ini, antaranya ialah dapat mengurangkan bahan buangan. Di Malaysia, penggunaan bahan mentah sangat tinggi peratusnya. Oleh itu, dengan cara mengitar semula bahan mentah dapat dikurangkan penggunaanya. Bukan itu sahaja, dengan kitar semula kita dapat mengurangkan penggunaan tenaga.  Kitar semula juga mampu mengelakkan pencemaran alam sekitar yang semakin berleluasa kini. Selain itu, pengeluaran gas rumah hijau juga semakin berkurangan kerana mengurangkan hasil barang baru daripada bahan mentah.

     Melalui kitar semula, bahan-bahan buangan seperti kertas, kaca dan plastik akan dikumpulkan daan dihantar ke kilang kitar semula. Dengan cara tidak langsung alam sekitar menjadi bersih kerana bahan buangan tidak di buang sesuka hati kedalam sungai , laut ataupun semak. Bukan itu sahaja, apabila negara kita bebas dengan sampah sarap secara tidak langsung juga negara kita dapat menghindarkan  daripada penyakit yang dibawa oleh serengga perosak seperti nyamuk, lipas , dan tikus. Hal ini desebabkan apabila sampah sarap di buang ke tempat tidak sepatutnya ia akan menjadi bahan yang kotor dan di dihinggap oleh binatang yang membawa penyakit.

      Selain itu, kitar semula ini dapat menambahkan pendapatan. Hal ini kerana, bahan-bahan buangan seperti pelastik, kertas dan besi ada harga dan nilainyadi pasaran. Gaya hidup sihat kitar semula ini semakin tidak mendapat tempat di mata anak anak muda. Oleh itu, pihak terentu perlu mengamalkan kempen kesedaran tentang betapa pentingnya kitar semula ini. Dengan cara ini kita dapat memberi pendedahan tentang kitar semula dan memupuk semangat kitar semula kepada mereka. Kita juga dapat memupuk nilai-nilai murni antaranya ialah bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar. Melalui amalan bertanggungjawab kita akan mengitar semula barangan yang boleh dikitar semula dan tidak akan membuangnya ke dalam semak atau ke dalam sungai.

      Di samping itu, kita dapat menjimatkan sumber alam yang semakin berkurangan. Dengan aktiviti kitar semula kertas kertas lama dapat mengelakkan penebangan pokok bagi penghasilan kertas. Kitar semula besi buruk pula dapat mengelakkan logam besi cepat habis. Bagi bahan plastik pula, kita bukan sahaja dapat menjimatkan sumber untuk bahan plastik tapi kita juga dapat mengelakkan kesan buruk daripada bahan kimia yang dihasilkan. Fakta mengatakan dengan mengitar semula satu tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga eletrik dan tiga jam television. Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum kita dapat mengurangkan 3460 tan sampah sehari yang bersamaan 78000 batang pokok. Bukan itu sahaja, 18000 tan sampah dihasilakn sehari mampu memenuhi KLCC dalam tempoh lapan hari sahaja. Bagi penggunaan botol pula, dengan mengitar semula satu botol kaca kita seumpama menjimatkan penggunaan tenaga eletrik mentol lampu 100 walt selama empat jam.

     Kesimpulanya, kitar semula ini mendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat dan negara. Oleh itu, semua pihak mesti berganding bahu untuk mengamalkan amalan sihat ini untuk keceriaan bersama. Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga perlu memberi penerangan dan pendedahan awal tentang kitar semula agar mereka boleh mengenali betapa pentingnya kitar semula untuk dunia. Pelaksanaan denda perlu dilakukan bagi individu yang menbuang sampah di merata tempat. Hal ini kerana, ingin memberi kesedaran kepada mereka yang membuat salah. Pengamalan langkah 3R mampu menadikan negara Malaysia bebas sampah bebas penyakit.

   

No comments:

Post a Comment