Kain Pelakat

Kain Pelakat
KAIN PELEKAT LALALALA

Wednesday 15 April 2015

CERAMAH : SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan, barisan para guru yang dihormati dan para pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Sebagai Pegawai Kanan di Jabatan Pengajian Tinggi, saya akan menyampaikan ceramah yang bertajuk berfokus kepada kepentingan Sains Teknologi dan Inovasi.

Para hadirin yang dihormati sekalian,


Sains teknologi penting dalam kehidupan seharian kita. Tetapi adakah tuan-tuan tahu apa maksud sains dan teknologi? Disini akan saya terangkan maksudnya. Berdasarkan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud sains ialah ilmu pengetahuan yang teratur dan sistematik yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. Beralih pula kepada maksud teknologi, teknologi bermaksud aktiviti atau kajian yang menggunakan kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan dan perniagaan.


Hadirin hadirat sekalian,


Sains adalah suatu kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi dan juga bagaimana alam semulajadi ini memberi kesan kepada kita dan persekitaran. Informasi yang diperolehi melalui kajian secara saintifik dikenali sebagai pengetahuan saintifik. Melalui pengetahuan ini, banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi. Apikasi kepada pengetahuan saintifik untk kegunaan manusia pula dikenali sebagai teknologi. Manusia mempergunakan teknologi dalam setiap aspek kehidupannya. Oleh itu, sains merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita.


Hadirin yang dihormati,


Di antara contoh kemajuan sains dan teknologi ialah terciptanya televisyen, telefon, komputer dan peralatan perubatan yang canggih. Peralatan ini memberi banyak kemudahan kepada manusia. Namun terdapat juga keburukkan yang boleh kita kenal pasti seperti banyak berlakunya penipuan.


Hadirin sekalian,

Teknologi maklumat yang berkembang pesat sehingga ke hari ini memungkinkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah. Pelbagai penerokaan maklumat boleh diperolehi tanpa ada batasan. Dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi, jalan dakwah terbuka luas untuk menyampaikan sesuatu yang berguna kepada masyarakat. Namun di sebalik kecanggihan dan kelebihan teknologi tersebut kini, terselit suatu keburukan yang jarang sekali difikirkan kerana ia timbul tanpa disedari.

Para hadirin yang dihormati,

Ramai muda mudi kita terpengaruh dengan kelebihan teknologi maklumat. Kesannya kepada pembangunan sosial generasi kita terlalu besar di mana mereka leka dengan teknologi tersebut sehingga mengabaikan nilai murni. Contohnya, internet yang merupakan gedung ilmu, tetapi kadangkala muda mudi kita menyalahgunakan kelebihannya dengan melayari laman- laman web yang berunsur lucah dan tidak berakhlak. Ini akan mempengaruhi fikiran golongan tersebut dan akan merosakkan pembangunan nafs mereka.

Hadirin sekalian,

Untuk mengakhiri ceramah saya pada pagi ini, saya ingin memberi sedikit nasihat kepada anda semua agar berhemah menggunakan teknologi pada  masa kini. Kerana jika anda tersalah guna teknologi ini ia akan memberi kesan buruk kepada diri sendiri. Hal ini kerana, teknologi kini mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri.Sampai disini sahaja ceramah saya pada hari ini. Sekian terima kasih.

Saturday 11 April 2015

PANTUN NASIHAT


PANTUN NASIHAT


Air melutut ketepian mandi,

Kembang berseri bunga senduduk,
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Ada masa usahlah dipersia,

Itulah pesan dari cikmat,
Bila khianat pada manusia,
Dunia akhirat takkan selamat.

Tuan Annas bermain congkak,

Penat bermain memakan tapai,
Kalau takut dilambung ombak,
Jangan berumah di tepi pantai.

Anak tiong anak terkukur,

Anak cik Bakar terlompat-lompat,
Barang di kendong habis berterabur,
Barang di kejar langsung tak dapat.

Berjalan berkaca mata gelap,

Sambil menghirup udara disana,
Jagalah diri jangan tersilap,
Jika tersilap mendapat bencana.

Saturday 4 April 2015

KITAR SEMULA

      Kitar semula merupakan antara amalan gaya hidup sihat yang banyak faedah di dunia. Dengan cara kitar semula ini kita dapar menceriakan bumi dan menghapus segala sampah sarap. Masalah kitar semula ini kerap menjadi perbincangan di media masa. Di Malaysia 3 langkah telah dilancarkan oleh pihak kebersihan untuk menambahkan lagi kefahaman individu tentang kitar semula. 3 langkah tersebut ialah "reduce" ( kurangkan ) , "reuse" ( guna semula ) , "recycle" ( kitar semula) atau erti kata lain ialah 3R. Fakta dunia menyatakan bahawa negara Malaysia merupakan antara negara yang paling banyak mempunyai sampah sarap. Justeru itu, rakyat Malaysia perlulah menitik beratkan tentang masalah ini.

      Terdapat banyak kebaikan mengamalkan kitar semula ini, antaranya ialah dapat mengurangkan bahan buangan. Di Malaysia, penggunaan bahan mentah sangat tinggi peratusnya. Oleh itu, dengan cara mengitar semula bahan mentah dapat dikurangkan penggunaanya. Bukan itu sahaja, dengan kitar semula kita dapat mengurangkan penggunaan tenaga.  Kitar semula juga mampu mengelakkan pencemaran alam sekitar yang semakin berleluasa kini. Selain itu, pengeluaran gas rumah hijau juga semakin berkurangan kerana mengurangkan hasil barang baru daripada bahan mentah.

     Melalui kitar semula, bahan-bahan buangan seperti kertas, kaca dan plastik akan dikumpulkan daan dihantar ke kilang kitar semula. Dengan cara tidak langsung alam sekitar menjadi bersih kerana bahan buangan tidak di buang sesuka hati kedalam sungai , laut ataupun semak. Bukan itu sahaja, apabila negara kita bebas dengan sampah sarap secara tidak langsung juga negara kita dapat menghindarkan  daripada penyakit yang dibawa oleh serengga perosak seperti nyamuk, lipas , dan tikus. Hal ini desebabkan apabila sampah sarap di buang ke tempat tidak sepatutnya ia akan menjadi bahan yang kotor dan di dihinggap oleh binatang yang membawa penyakit.

      Selain itu, kitar semula ini dapat menambahkan pendapatan. Hal ini kerana, bahan-bahan buangan seperti pelastik, kertas dan besi ada harga dan nilainyadi pasaran. Gaya hidup sihat kitar semula ini semakin tidak mendapat tempat di mata anak anak muda. Oleh itu, pihak terentu perlu mengamalkan kempen kesedaran tentang betapa pentingnya kitar semula ini. Dengan cara ini kita dapat memberi pendedahan tentang kitar semula dan memupuk semangat kitar semula kepada mereka. Kita juga dapat memupuk nilai-nilai murni antaranya ialah bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar. Melalui amalan bertanggungjawab kita akan mengitar semula barangan yang boleh dikitar semula dan tidak akan membuangnya ke dalam semak atau ke dalam sungai.

      Di samping itu, kita dapat menjimatkan sumber alam yang semakin berkurangan. Dengan aktiviti kitar semula kertas kertas lama dapat mengelakkan penebangan pokok bagi penghasilan kertas. Kitar semula besi buruk pula dapat mengelakkan logam besi cepat habis. Bagi bahan plastik pula, kita bukan sahaja dapat menjimatkan sumber untuk bahan plastik tapi kita juga dapat mengelakkan kesan buruk daripada bahan kimia yang dihasilkan. Fakta mengatakan dengan mengitar semula satu tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga eletrik dan tiga jam television. Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum kita dapat mengurangkan 3460 tan sampah sehari yang bersamaan 78000 batang pokok. Bukan itu sahaja, 18000 tan sampah dihasilakn sehari mampu memenuhi KLCC dalam tempoh lapan hari sahaja. Bagi penggunaan botol pula, dengan mengitar semula satu botol kaca kita seumpama menjimatkan penggunaan tenaga eletrik mentol lampu 100 walt selama empat jam.

     Kesimpulanya, kitar semula ini mendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat dan negara. Oleh itu, semua pihak mesti berganding bahu untuk mengamalkan amalan sihat ini untuk keceriaan bersama. Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga perlu memberi penerangan dan pendedahan awal tentang kitar semula agar mereka boleh mengenali betapa pentingnya kitar semula untuk dunia. Pelaksanaan denda perlu dilakukan bagi individu yang menbuang sampah di merata tempat. Hal ini kerana, ingin memberi kesedaran kepada mereka yang membuat salah. Pengamalan langkah 3R mampu menadikan negara Malaysia bebas sampah bebas penyakit.

   

KEPELBAGIAN KAUM

         Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaun yang mengamalkan adat dan budaya mreka tersendiri. Antara kelebihan negara Malaysia ialah masyarakatnya yang berbilang kaum. Sebagai contoh kaun yang terdapat di Malaysi ialah melayu, india dan china. Tiga kaun ini adalah antara kaun terbesar di Malaysia Hal ini demikian menyebabkan negara kita mempunyai pelbagai  adat atau budaya mereka yang tersendiri. Budaya dan adat setiap kaum ini menjadi lambang utama mereka kerena adat mereka ini selallunya diturunkan oleh nenk moyang mereka. Dengan adanya pelbagai kaum di Malaysia, kaun lain dapat mengetahui dan mengenali antara satu sama lain dan dapat hidup dengan aman dan harmoni.

         Kaum melayu merupakan kaum terbesar peratusnya di Malaysia, mereka mempunyai adat resam dan kepercaiyaan yang tersendiri. kaum melayu agama terbesar mereka ialah agama islam.

Bukan itu sahaja, kaum melayu juga memartabatkan bahsa mereka iaitu bahasa melayu. Bagi kaum melayu mereka mempunyai  musik yang tersendiri iaitu Kompang , gong , rebena dan gambus. Selain itu kaum ini juga , mempunyai tarian tradiosional yang diturun temurunkan oleh nenek moyang mereka. Sebagai contoh tarian keris, tarian inai, tarian piring, dan tarian lilin. Disamping itu, kaum ini juga mempunyai pakaian tradiosional mereka yang tersendiri antaranya ialah Baju melayu, Kebaya, kurung dan kain palekat. Antara menjadi perhatian kaum melayu ialah melayu kaya dengan pelbagai jenis makanan yang enak seperti Nasi lemak , laksa, kuih buah melaka dan kuih kochi.

        Begitu juga dengan kaum china, mereka juga mempunyai cara hidup yang berbeza dengan kaum. Kaum yang berbeza dengan kaum. kaum yang lain Antaranya ialah kepercayaan yang diamalkan oleh china ialah agama budha, Taoisme dan kristian. Bagi kaum china perayaan terbesar mereka ialah Tahun Baru China. Apabila perayaan ini tiba mereka akan mengayakan pakaian tradiosional mereka iaitu Cheong Sam dan Samfu. Bukan itu sahaja, mereka juga mengamalkan tarian yang dibekalkan nenek moyang mereka iaitu tarian Singa yang sehingga kini mendapat sambutan hebat dari seluruh kaum yang terdapat di Malaysia. Bagi kaum ini mereka mempunyai banyak bahasa yang digunakan antaranya ialah mandarin, hokkien, hakka, kuntonis dan teochew. kaum ini juga mempunyai makanan tradiosional yang tersendiri antaranya ialah Kuih bakul, kuih bulah dan pulut nasi


      Sebagainya yang kita ketahui kaum yang tinggi peratusnya juga dikenali sebagai kaum india. Kaum ini antara kaum yang mempunyai banyak perayaan antaranya ialah Deepavali , Thaipusam , Ponggal, Varigunda, Kadashi dan Christmas. Kaum india ini juga mempunyai tiga kepercayaan iaitu hindhu, kristian dan islam. Bagi kaum ini mereka terkenal pakaian tradiosional mereka iaitu sari, kurta, dholi dan sarung. Bukan itu sahaja, antara kaum yang terdapat di Malaysia juga ialah bab dan nyonya, kaum baba dan nyonya ini adalah golongan kaum China yang terdapat di negeri selatan terutamanya dikawasan tanah melayu. Walaubagaimanapun mereka mengakui bahawa mereka adalah orang china tetapi rakyat british bangga dengan kedudukan itu.


     Kesimpulannya, Malaysia antara negara yang kayan dengan pelbagai kaum yang harmoni. Semangat antara kaum amat penting untuk mengukuhkan adat dan resam mereka yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka. Setiap kaum mempunyai gaya hidup yang tersendiri. Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaanyang tersendiri, Oleh itu, setiap kaum haruslah menghormoni antara satu sama lain bagi mengukuhkan lagi kaum masing-masing. Ada pepatah yang mengatakan bahawa ' Bersatu kita teguh bercera kita roboh' yang bermaksudkan setiap maslah yang berlaku kita perlu bersama-sama berusaha untuk berjaya. Jika tidak bersatu mustahil benda boleh selesai.












KUMPULAN KAIN PALEKAT

FAEZAH BINTI GAGANI
(FAEZAH)
PTM150109085
21 TAHUN
TAWAU, SABAH

RABIHA ADAWIYAH BINTI ROZAN
(RUBY)
21 TAHUN
PTM1501090172
KUANTAN, PAHANG



MOHD RAHIMI BIN MOHD JAIS
(AMY)
20 TAHUN
PTM1501009177
ALOR GAJAH, MELAKA